Sakitkan bila orang yg kita sayang dengan sepenuh hati telah pergi tinggalkan kita? Sakit dia tu kadang tak dapat terungkap pun di bibir, namun dengan mengalirkan air mata sahaja dapat merawat segala rasa sakit tu. Apa yang menambahkan lg rasa sakit perit tu apabila kita merindui orang yang kita takkan dapat ketemu langsung. Sedar tak sedar, arwah mama dah pergi tinggalkan kami sekeluarga selama 2 bulan 15 hari. Tapi hati ni selalu ja rasa baru semalam ja arwah mama pergi tinggalkan kami.. Rindu pada arwah sangat-sangat.. Rindu akan masakannya, gurauannya, gelak tawanya, suaranya, belaiannya, pelukkannya dan ciumannya..
Kenangan masa first syawal 2016..
Al-Fatihah (7 November 2016)
Walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur kerana mama pergi dengan mudah.. Allah biar mama pergi dengan mudah tidak begitu terseksa. Arwah mama selalu cakap "masa Allah tarik nyawa mama, mama tak nak susahkan anak-anak mama".. Sesungguhnya mama tak pernah susahkan kami pun, malah kami yang selalu menyusahkan mama, mintak itu ini, banyak kerenah, tapi mama layan ja kami tanpa mengeluh.. Tak dapat pun dengar suara arwah mama buat kali terakhir.. Pagi 7 November tu aku memang dah rasa sangat nak call mama tapi sebabkan tiada kredit aku tak call, aku tunggulah sampai arwah call tapi tiada pun, namun apa yang aku dapat hanyalah panggilan dari Along(abg sulung) untuk memberitahu bahawa arwah dah tiada. Terasa seolah mimpi, sejujurnya aku tak pernah imagine untuk kehilangannya pada usia 18, aku selalu expect arwah mama akan ada disisi sehingga aku dah berkerja, berkahwin, dan dapat anak..
Masa aku dapat tahu tu, aku terus rebah, tiada tenaga pun nak berdiri. Aku menangis tanpa henti. Mlm tu jgak aku terus pulang ke kedah. Tanpa berfikir panjang aku capai ja barang apa yang aku nampak untuk bawa pulang. Masa dalam perjalanan, aku sentiasa ingatkan diri aku bahawa "Auni, hang kena kuat, Allah lbih sayangkan mama.. Ingat setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. tabahkan hati.. Senyum kay Auni..". Masa nak sampai ja rumah, kat dalam taman tu pon aku dah mula rasa lain. Tak terbayang kat fikiran ni yang aku akan pulang ke rumah dengan pintu terbuka luas, banyak kasut, wajah sedih dari keluarga.. Perasaan yang tak dapat diungkap apabila kita melihat sekujur badan yang terbaring di hadapan kita adalah ibu kita.. Insan yang paling istimewa dalam diri kita. Apa yang aku rasa masa mula-mula nampak, "Ya Allah, begitu banyak aku melukai hatinya".
Selepas dikebumikan, aku cuba untuk senyum demi memujuk ayah aku untuk makan.. Aku tahu betapa sukarnya buat dia.. Bukan senang untuk kita nak hadap bila mana pergi ke mana sahaja bersama, pulang dari kerja disambut.. Pernah terlintas di fikiran aku untuk tangguh pengajian aku demi menjaga ayahku tapi aku tahu ayah aku takkan pernah setuju.. Namun sekarang aku nampak ayah aku semakin kuat, seleranya juga telah kembali, senyumannya yang dulu.. Makin lama makin aku nampak hikmah terbesar mengapa Allah tarik nyawa mama..
Nasihat aku, kalau boleh call lah parents kita everyday, minta maaf, kita takkan pernah tahu bila tibanya ajal mereka, mungkin esok, lusa, mahupun malam ni.. Ajal itu rahsia Allah.. Begitu juga dengan ajal kita.. Apapun yang berlaku berfikiranlah positif dan percaya pada Allah dan Qada' dan Qadar..
I miss to hear you say i miss you and i love you
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment