Friday, July 5, 2019

Biokimia (Biochemistry)


Assalamualaikum..
Setelah sekian lama tak update blog, apa kata kali ni sis cerita serba sedikit tentang course yang sis ambil, iaitu biokimia. Tempoh pengajian 4 tahun. Tak ramai yang familiar dengan biokimia ni, well aku pun main letak ja tanpa fikir panjang, tup tup course ni yang aku dapat. Aku baru habis 2 tahun (4 sem) belajar benda tu. Course ni kalau ikut uni yang tempat aku belajar ni which is UPM, dia terletak di bawah fakulti bioteknologi dan sains biomolekul. Under fakulti ni ada 4 jabatan, iaitu biotechnology, biochemistry, microbiology dan cell and molecular biology. So, once kita ambik course under this faculty, di samping kita belajar subjek course kita, kita tetap kena belajar juga subjek bawah department lain (but depend pada uni la ya). Itu memang cara dia. 

Honestly, bagi akulah yang tak seberapa ni, course ni sangat susah, lagi-lagi kalau kau tak minat, alamatnya ke laut lar. Dalam course ni part chemistry dia sikit ja, iaitu part pathway ja. Reaction yang berlaku. Tu je, selebihnya semua biology. So kalau kau tak minat biologi lar better jangan ambil course ni. Serious talk, macam aku ni, aku tak minat biologi, menyesal jugalah, but then I just try to build an interest. I try to love this course and done my best during the examination. 

Untuk course ni, kebiasaannya final exam akan keluar topik yang tak keluar lagi dalam test 1 and 2 ja. So far, tiada lagilah yang ulang soalan. However, ni hanya untuk subjek under biochem sahaja, subjek lain macam microb and sel, dia akan keluar semua (memang sakit otak jugalah nak hafal and study because both memang memerlukan hafalan.). Ada lecturer cakap one of the reasons why biochemistry subject tak keluar semua topik sebabnya satu subjek macam carbohydrate metabolism it contains more than 3 pathways, dan satu pathways ada lebih dari 5 steps. Setiap step akan ada nama-nama enzim yang pelik, panjang. Susahlah nak ingat.

Kepada yang tertanya-tanya “biochem ni kerja apa ja?”, rezeki ada di mana-mana sahaja, insha Allah anda tak akan menganggur. Yang pastinya kebanyakkan kerja kita duduk dalam lab, kita boleh ke bidang pharmaceutical, kilang ubat-ubatan, produk kecantikkan, bahagian pemakanan, kerja hospital (jabatan patologi), mardi, bahagian tumbuh-tumbuhan, dan sebagainya. So sebenarnya ada ja peluang pekerjaan cuma tak tahu sama ada kita bernasib baik ataupun tak. Sedikit nasihat masa nak pilih tempat intern, pilihlah tempat yang kau yakin lepas habis intern dia akan serap kau. Senarai subjek nanti sis masukkan ya. Baiklah sampai di sini sahaja, sis pun perlu menempuh lagi dua tahun ni.
Assalamualaikum..

5 comments:

  1. assalamualikkum akak .kan akak ada ckp dlm course ni beljar subjek kimia ski saja more to bio..dlm subjek kimia akak belajar apa dlm course ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang akak perasan, kimia dia bila subjek yang ada amali dalam lab. So, kita banyak belajar tindak balas. tapi secara umumnya kita banyak belajar proses dlm badan ni, metabolism karbo, protein, lipid. proses pemakanan, dan lain2 lagi.

      Delete
  2. akak pointer berapa ya utk masuk kos ni.. saya lepasan matrikulasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mostly 3.0 le atas

      Delete
    2. yes, mostly 3.0, tp kalau classmate akak, 3.5 and above.

      Delete