Assalamualaikum,
Bukan semua orang suka membangkang, malah lebih gemar pendam dan berdiam diri. Orang yang mendiamkan diri ini sebenarnya seorang yang tidak suka membiarkan perkara tersebut berlanjutan. Ada pula yang suka menyuarakan pndapat serta menerima pendapat orang lain, malah mempertimbangkan ia. Bagi golongan ini pula lebih mementingkan penghormatan dan penghargaan. Namun terdapat juga segelintir yg suka menyuarakan pendapat dan menolak sekerasnya pendapat orang lain, malah merasai dirinya sahaja yang betul. Bagi golongan ini, pada mereka kemenangan seharusnya berpihak pada mereka dan tiada satu orang pon akan membantah mereka. Seseorang yang mendiamkan dirinya tidak bermaksud dia lemah ataupun kalah, kadang kala mereka lebih gemar untuk menyimpannya kerana tidak mahu menimbulkan sebarang prgaduhan. Hal ini, sekiranya berhadapan dengan golongan yang "always right", perkara yang pendek pun boleh menjadi panjang berjela. Bagi golongan yang menggunakan akal ketika bercakap atau menyuarakan pendapat, mereka akan sentiasa berfikiran terbuka malah menghormati pendapat orang lain. Sesungguhnya, menolak pendapat orang lain sementahnya merupakan tindakan yang tidak rasional malah menunjukkan lagi kekurangan diri sendiri. Oleh itu, berfikiranlah dengan lebih matang supaya kita dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dan tidak dibenci oleh orang ramai.
No comments:
Post a Comment