Assalamualaikum..
Setelah sekian lama tak update blog, apa
kata kali ni sis cerita serba sedikit tentang course yang sis ambil, iaitu
biokimia. Tempoh pengajian 4 tahun. Tak ramai yang familiar dengan biokimia ni,
well aku pun main letak ja tanpa fikir panjang, tup tup course ni yang aku
dapat. Aku baru habis 2 tahun (4 sem) belajar benda tu. Course ni kalau ikut
uni yang tempat aku belajar ni which is UPM, dia terletak di bawah fakulti
bioteknologi dan sains biomolekul. Under fakulti ni ada 4 jabatan, iaitu
biotechnology, biochemistry, microbiology dan cell and molecular biology. So,
once kita ambik course under this faculty, di samping kita belajar subjek
course kita, kita tetap kena belajar juga subjek bawah department lain (but
depend pada uni la ya). Itu memang cara dia.
Honestly, bagi akulah yang tak
seberapa ni, course ni sangat susah, lagi-lagi kalau kau tak minat, alamatnya
ke laut lar. Dalam course ni part chemistry dia sikit ja, iaitu part pathway
ja. Reaction yang berlaku. Tu je, selebihnya semua biology. So kalau kau tak
minat biologi lar better jangan ambil course ni. Serious talk, macam aku ni,
aku tak minat biologi, menyesal jugalah, but then I just try to build an
interest. I try to love this course and done my best during the examination.
Untuk course ni, kebiasaannya final exam akan keluar topik yang tak keluar lagi
dalam test 1 and 2 ja. So far, tiada lagilah yang ulang soalan. However, ni
hanya untuk subjek under biochem sahaja, subjek lain macam microb and sel, dia
akan keluar semua (memang sakit otak jugalah nak hafal and study because both
memang memerlukan hafalan.). Ada lecturer cakap one of the reasons why
biochemistry subject tak keluar semua topik sebabnya satu subjek macam
carbohydrate metabolism it contains more than 3 pathways, dan satu pathways ada
lebih dari 5 steps. Setiap step akan ada nama-nama enzim yang pelik, panjang.
Susahlah nak ingat.
Kepada yang tertanya-tanya “biochem ni kerja apa ja?”,
rezeki ada di mana-mana sahaja, insha Allah anda tak akan menganggur. Yang
pastinya kebanyakkan kerja kita duduk dalam lab, kita boleh ke bidang
pharmaceutical, kilang ubat-ubatan, produk kecantikkan, bahagian pemakanan,
kerja hospital (jabatan patologi), mardi, bahagian tumbuh-tumbuhan, dan
sebagainya. So sebenarnya ada ja peluang pekerjaan cuma tak tahu sama ada kita
bernasib baik ataupun tak. Sedikit nasihat masa nak pilih tempat intern,
pilihlah tempat yang kau yakin lepas habis intern dia akan serap kau. Senarai
subjek nanti sis masukkan ya. Baiklah sampai di sini sahaja, sis pun perlu
menempuh lagi dua tahun ni.
Assalamualaikum..