Assalamualaikum,
Lama tak update blog, rindu nak update.. Okay, untuk kali ni aku nak cakap tentang "Asper" iaitu Asasi Sains Pertanian.. Sekarang aku sambung belajar di upm sebagai asper iaitu bdak asasi.. Cara hidup aku completely berubah, ya lar tak pernah duduk asrama. Walaubagaimanapun aku sangat berpuas hati dengan keputusan yang telah aku lakukan sebab kehidupan sebagai asper sesungguhnya best.. So, aku tak menyesal letakkannya sebagai pilihan nom 1 aku.. Pada mulanya aku rasa takut nak masuk ye lar, first jauh dari family, kedua takut kalau tersalah langkah, ketiga sebab aku ni penakut, keempat takut mudah terpengaruh dan yang akhir sekali aku tak pndai melintas jalan haha.. Bunyi macam lawak but serious talk aku memang tak pandai melintas jalan tapi setelah sebulan di UPM alhamdulillah dah pandai..
Masa mula2 masuk aku rasa kekok, tak pandai bajet masa, so masa mula-mula kuliah aku bangun dua jam sebelum start kuliah sebab nak kena berebut bas.. Aku tak pernah da pengalaman naik bas.. Teruknya aku ni.. Tapi lama kelamaan aku rasa best ja naik bas but bila nak berebut bas especially dengan laki yang tak hairan nk berebut dengan perempuan, yang ni aku tak berapa berkenan, aku sanggup untuk tunggu bas seterusnya.. Then beli makanan.. ni satu lagi masalah, kalau nak diikutkan sebelum ni kawan aku atau parents aku yang tolong belikan boleh kira brapa kali sahaja aku beli sendiri... teruk gila aku.. sekarang aku dah biasa dengan nya.. Seterusnya pula basuh kain, selama ni aku basuh pakai mesin tapi semenjak duduk upm kena pakai tangan sebab aku tak pandai pkai mesin di upm tu dan tak dak duit syiling.. So merajinkan diri untuk basuh pakai tangan.. Next, tak dak kenderaan untuk bergerak sendiri.. Sesungguhnya kena banyak sangat berjalan.. Pada mulanya aku sangatlah cepat rasa penat jalan turun bilik pun dah penat ye lah sebab selepas SPM habis aku hanyalah duk rumah dan tak keluar aktiviti aku makan, tidur, tengok tv, dan tolong mak aku, so bila tup2 kena terus jalan banyak tu yang buat aku cepat penat, namun bila dah sebulan aku rasa biasa ja, malah dari fakulti pon aku boleh jalan kaki balik ke kolej kediaman..
Okay, aku sangat bersyukur kerana kolej kediaman aku adalah KPZ.. Sebab biliknya luas, suasananya tak suram, kawasannya tak terbuka, tandasnya okay, kelengakapan dalam bilik agak memuaskan, bas agak senang dapat dan bilik aku bukan di tingkat paling atas.. Dan aku teramatlah syukur kerana dapat roomate yang sangatlah baik.. First time aku brkawan dengan orang kelantan.. Dia baik, comel, tinggi, tak sombong dan humble.. Namanya Afifah..
Orentasi kat situ even memenatkan tapi best sebab akak2 dan abang2 faci sangatlah sporting dan drama queen.. Namun cabaran yang paling besar sekali adalah belajar dalam eng untuk subj sains.. Seriously otak aku sangkut terus masa mula-mula belajar.. Seriously aku memerlukan waktu untuk adapt dengan blajar dan jwab dalam bahasa eng.. Berat sangat untk aku yang belajar dalam bm ni malah buku teks juga bahasa melayu.. So apa2 basic pon tak dak... Tapi tak pa, nak seribu daya tak hendak seribu dalih.. Okay sampai sini saja nanti aku akan cerita tentang budak kuliah aku.. huhu
Assalamualaikum...
Assalamualaikum, saya ingin bertanya sesuatu perkara. baru2 ini saya menerima result spm, dan saya mendapat keputusan 4A5B. saya ingin sangat masuk ke asper, tetapi adakah saya layak masuk ? saya takut persaingan sengit untuk masuk ke asper.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete