Tuesday, October 4, 2016

Mendiamkan diri.

Assalamualaikum,

Bukan semua orang suka membangkang, malah lebih gemar pendam dan berdiam diri. Orang yang mendiamkan diri ini sebenarnya seorang yang tidak suka membiarkan perkara tersebut berlanjutan. Ada pula yang suka menyuarakan pndapat serta menerima pendapat orang lain, malah mempertimbangkan ia. Bagi golongan ini pula lebih mementingkan penghormatan dan penghargaan. Namun terdapat juga segelintir yg suka menyuarakan pendapat dan menolak sekerasnya pendapat orang lain, malah merasai dirinya sahaja yang betul. Bagi golongan ini, pada mereka kemenangan seharusnya berpihak pada mereka dan tiada satu orang pon akan membantah mereka. Seseorang yang mendiamkan dirinya tidak bermaksud dia lemah ataupun kalah, kadang kala mereka lebih gemar untuk menyimpannya kerana tidak mahu menimbulkan sebarang prgaduhan. Hal ini, sekiranya berhadapan dengan golongan yang "always right", perkara yang pendek pun boleh menjadi panjang berjela. Bagi golongan yang menggunakan akal ketika bercakap atau menyuarakan pendapat, mereka akan sentiasa berfikiran terbuka malah menghormati pendapat orang lain. Sesungguhnya, menolak pendapat orang lain sementahnya merupakan tindakan yang tidak rasional malah menunjukkan lagi kekurangan diri sendiri. Oleh itu, berfikiranlah dengan lebih matang supaya kita dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dan tidak dibenci oleh orang ramai.

Monday, September 26, 2016

Sem 1

Assalamualaikum,
       Sem 1 telah berakhir semenjak dua minggu yg lepas.. Habis sahaja final exam memang rasa seronok sdikit kebebasan, and the best thing is dapat pulang ke kampung.. Alangkah seronoknya apabila sudah sekian lama tak balik even cuti hanya seminggu.. walaubagaimanapun kegembiraan tu hanya seketika sebab habis ja cuti nk masuk sem 2 semua akan brtanya tentang result sem 1.. Sdikit kurang menyenangkan sebab ak tak rasa sem 1 aku berakhir dengan baik.. Biasalah sem 1, banyak main2, dan dalam proses membiasakan diri dengan keadaan di upm ni..

        Jujur aku katakan aku rasa sedikit susah asasi, bukanlah semudah yang diperkatakan ataupun ak yang tak pandai manage lagi diri aku kt sini.. Pada minggu pertama sem 2, adalah khabar angin tentang pointer sem 1 dh boleh tengok.. Aku pun cubalah, sedikit mengecewakn sebab keputusan sedikit tersasar dari yang ditarget.. Tiba2, ada yang cakap yg pointer tu tak betul, pada mula aku rasa lega sikit but aku terfikir kalau-kalau yang betul lg truk.. Hurm, apa2 pun aku hanya kena ambil ikhtibar dan pengajaran dari sem 1, untuk sem 2 aku kena lebih serious, kalau tak apa yang diimpikan takkan trcapai.. Semangat yang dahulu perlu dicari semula.. Tak kira apa sekali pun mengalah jangan sekali.. stay positive..

Assalamualaikum..

Friday, July 15, 2016

Don't Give Up Easily...

Assalamualaikum,

Sesetengah orang mudah sangat berputus asa, sesetengah orang pula masih bertahan meneruskan perjuangan.. Kebiasaannya seseorang mudah berputus asa sebab kata-kata dan sindiran dri orang sekeliling, tidak pun kerana tiada keyakinan, atau sudah penat mengejar apa yang diingini... Macam mana nak elak daripada putus asa? Ni sebahagian daripada cara aku hadapinya.. 

First, aku akan tampal kata-kata semangat kat dinding bilik, pintu, papan kenyataan dan kalau perlu atas meja study.. Tujuan aku buat macam tu supaya fikiran dan hati aku tak terus hanyut dengan prkara-prkara yang mematahkan semangat kita.. Contoh kata-kata semangat yang aku tampal adalah: 

1. Stop Thinking What People Think About You...

  •     Kata-kata ni sangat penting buat aku sebab aku sangatlah memikirkan apa yang orang pkir tentang aku bila depa tengok aku... Mentaliti aku rendah, aku seboleh nak memuaskan hati semua org tapi come on kitakan manusia mana mampu untuk memuaskan hati semua orang.. So jaga lar hati siapa yang kita mampu sahaja...
2. Whatever We Do, Do It With Love...


  • Yang ni plak dah jadi aku punya moto hidup.. Hal ini kerana, ayat ni membantu aku untuk menyukai subjek yang aku tak suka.. Kalau kita nak buat sesuatu dengan jayanya kita memang perlu minat dulu, kalau kita tak minat susah nak berjaya.. Kalau kita suka dan minat kita akan buat dengan sungguh-sungguh dan rasa happy saja.. Trust me.. So, nak buat apa-apa sayang dulu ya... 
3. Don't Give Up Easily..


  • Yang ni common lah kan.. Kalau baca pon kita tau dah.. 
4. Just Be What You Want To Be...


  • This one have two meaning.. First, jadilah diri sendiri, we don't have to be what people want we to be.. This is ourselves, kenapa nak kena hirau apa orang cakap? Tapi kalau ke arah kebaikan perlulah kita hirau ya.. Just remember, we are not born to be perfect, but we are born to be real... Second, kejar apa kita nak kejar, pilih bidang yang nak belajar.. tapi kalau memang dah tak tahu nak bidang apa, silalah ikut pilihan orang, yang penting pastikan kita boleh buat lar noh..
Kemudian aku akan minta nasihat dan pendapat pada orang yang aku rapat atau orang yang dah dewasa..tak perlu nak malu atau segan untuk minta nasihat.. 


"Baby akan jatuh dan bangun lebih 1000x sebelum dapat berjalan dan berlari. Baby tak pernah patah semangat. Mari kita keluarkan semula semangat baby yang masih ada dalam diri kita. Pastikan kita bangun semula setiap kali jatuh. Insha Allah kejayaan menunggu di hadapan."
~Dr. Fadzilah Kamsah~
Assalamualaikum..

Tuesday, July 5, 2016

ASPER'12 (Asasi Sains Pertanian, UPM)

Assalamualaikum,

Lama tak update blog, rindu nak update.. Okay, untuk kali ni aku nak cakap tentang "Asper" iaitu Asasi Sains Pertanian.. Sekarang aku sambung belajar di upm sebagai asper iaitu bdak asasi.. Cara hidup aku completely berubah, ya lar tak pernah duduk asrama. Walaubagaimanapun aku sangat berpuas hati dengan keputusan yang telah aku lakukan sebab kehidupan sebagai asper sesungguhnya best.. So, aku tak menyesal letakkannya sebagai pilihan nom 1 aku.. Pada mulanya aku rasa takut nak masuk ye lar, first jauh dari family, kedua takut kalau tersalah langkah, ketiga sebab aku ni penakut, keempat takut mudah terpengaruh dan yang akhir sekali aku tak pndai melintas jalan haha.. Bunyi macam lawak but serious talk aku memang tak pandai melintas jalan tapi setelah sebulan di UPM alhamdulillah dah pandai..

Masa mula2 masuk aku rasa kekok, tak pandai bajet masa, so masa mula-mula kuliah aku bangun dua jam sebelum start kuliah sebab nak kena berebut bas.. Aku tak pernah da pengalaman naik bas.. Teruknya aku ni.. Tapi lama kelamaan aku rasa best ja naik bas but bila nak berebut bas especially dengan laki yang tak hairan nk berebut dengan perempuan, yang ni aku tak berapa berkenan, aku sanggup untuk tunggu bas seterusnya.. Then beli makanan.. ni satu lagi masalah, kalau nak diikutkan sebelum ni kawan aku atau parents aku yang tolong belikan boleh kira brapa kali sahaja aku beli sendiri... teruk gila aku.. sekarang aku dah biasa dengan nya.. Seterusnya pula basuh kain, selama ni aku basuh pakai mesin tapi semenjak duduk upm kena pakai tangan sebab aku tak pandai pkai mesin di upm tu dan tak dak duit syiling.. So merajinkan diri untuk basuh pakai tangan.. Next, tak dak kenderaan untuk bergerak sendiri.. Sesungguhnya kena banyak sangat berjalan.. Pada mulanya aku sangatlah cepat rasa penat jalan turun bilik pun dah penat ye lah sebab selepas SPM habis aku hanyalah duk rumah dan tak keluar aktiviti aku makan, tidur, tengok tv, dan tolong mak aku, so bila tup2 kena terus jalan banyak tu yang buat aku cepat penat, namun bila dah sebulan aku rasa biasa ja, malah dari fakulti pon aku boleh jalan kaki balik ke kolej kediaman..

Okay, aku sangat bersyukur kerana kolej kediaman aku adalah KPZ.. Sebab biliknya luas, suasananya tak suram, kawasannya tak terbuka, tandasnya okay, kelengakapan dalam bilik agak memuaskan, bas agak senang dapat dan bilik aku bukan di tingkat paling atas.. Dan aku teramatlah syukur kerana dapat roomate yang sangatlah baik.. First time aku brkawan dengan orang kelantan.. Dia baik, comel, tinggi, tak sombong dan humble.. Namanya Afifah..

Orentasi kat situ even memenatkan tapi best sebab akak2 dan abang2 faci sangatlah sporting dan drama queen.. Namun cabaran yang paling besar sekali adalah belajar dalam eng untuk subj sains.. Seriously otak aku sangkut terus masa mula-mula belajar.. Seriously aku memerlukan waktu untuk adapt dengan blajar dan jwab dalam bahasa eng.. Berat sangat untk aku yang belajar dalam bm ni malah buku teks juga bahasa melayu.. So apa2 basic pon tak dak... Tapi tak pa, nak seribu daya tak hendak seribu dalih.. Okay sampai sini saja nanti aku akan cerita tentang budak kuliah aku.. huhu

Assalamualaikum...

Wednesday, May 11, 2016

Comparison...

Assalamualaikum,

comparison?? Perbandingan?? Dalam hidup ni tak sah kan kalau orang tak bandingkan kita dengan sesiapa?? Why? Make me wonder why we need to compare ourself with someone else? Why don't we just compare ourself with ourself yesterday? Tau tak kalau kita tak habis-habis bandingkan diri kita dengan orang lain selagi itu kita susah untuk bersyukur.. Kita tak bersyukur dengan pa kita da, dengan pa kita dapat.. Dan yang paling common sekali kalau dapat result sah weyh akan kena compare dengan orang yang lagi hebat.. Tau lar niat nak naikkan semangat kami tapi come on lah benda tu menyakitkn hati lagi ada lar.. Bagi semangatkan bagus.. Actually pa yang kami nak bila dah buat dengan bersungguh-sungguh adalah compliment, pujian.. Nak orang bangga dengan kita.. Ni contoh ayat : 

"Tak cukup lagi hang buat, hang tengok orang tu boleh dapat baik lagi.. Cer tengok dia buat macam mna"

"Bagusnya hang, tak pa usaha sikit ja lagi untuk lebih baik dari ni.. Boleh buatnya.. Jangan putus asa! " 
Cuma bandingkan ayat ni, ayat kedua lebih merangsang semangat orang bukan ayat satu.. Ayat pertama tu hanya menyebabkn orang iri hati + sakit hati + tak bersyukur.. Itu berdasarkan pendapat aku lah.. Bukan semua orang boleh tahan dengan perbandingan ni, kadang boleh buat stress, tekanan jiwa.. Nak belajar bukan boleh stress-stress, mana masuk pa yang dibelajar sebaliknya boleh jatuh sakit.. Don't be so greedy.. Kalau kita asyik banding kita akan rasa semua benda tak cukup.. Masalahnya kemampuan orang bukan sama.. Pastu yang dibanding semuanya tentang luaran, dalaman kita tak tau.. Mana lar tau silap-silap dalaman kita lagi baik.. Kalau kita bandingkan dengan diri sendiri at least kita tau pa kemampuan kita, pa kekurangan kita, apa kelebihan kita, so sedikit sebanyak kita boleh jadi yang lebih baik.. 

Remember to be the best version of you..

Assalamualaikum...

Wednesday, May 4, 2016

Matrik or UPU???

Assalamualaikum,

Memandangkan keputusan dah lama keluar dan semakan matrik pon dah keluar sekarang tinggal semakan upu lar pula.. Keputusan SPM aku tak lah hebat sangat tapi alhamdulillah, for me itu pun dah memuaskan walaupun tak capai target, nak buat lagu mana dah tak da rezeki.. Ini keputusan SPM aku :

Bahasa Melayu - A+
Bahasa Inggeris - A-
Matematik - A+
Sejarah - B+
Pendidikan Islam - A
Kimia - A
Biologi - B+
Fizik - B+
Matematik Tambahan - A+
Prinsip Perakaunan - A

So, itulah keputusan aku.. Alhamdulillah aku dapat matrik kedah.. tapi aku masih menanti upu 9 Mei ni.. Tak taulah dapat ka tak, dup dap dup dap ja jantung ni, resah, gelisah semua ada... Bila mintak pendapat orang alin da yg suruh p matrik da yang suruh p asasi kalau dapat asasi.. So, sekarang ni aku cuma tunggu keputusan upu keluar saja then i can decide.. Semoga semuanya berjalan lancar.. 

Assalamualaikum..

Sunday, February 14, 2016

Tips Belajar!! (my own style)

Assalamualaikum...

Aku yakin 100% masing ada tips belajar yang tersendiri, begitu juga dengan aku.. Tapi aku ni tidaklah pandai sangat, cuma aku sekadar ingin berkongsi, siapa tahu ada yang sesuai dengan cara aku.. Tip aku ni berdasarkan masa aku form 4 and 5.. hope you all can try it.. Nasihat dari aku, sebelum kita nak study satu subjek tu, please make sure that you love that subject first..

Whatever we do, do it with love....

Trust me, lagi mudah kita nak study bila kita minat sebab baru timbul rasa ingin tahu..

First of all :
1. sebolehnya sebelum cikgu masuk satu bab tu, kita sendiri dah study dulu, supaya minda kita mudah untuk memahami and mengingat bab tersebut.
2. setiap hari mesti buat latihan tambah-tambah bab yang kita sendiri tak berapa nak reti.. Ini untuk mengelakkan kita lupa dan untuk dedahkan kepada kita pelbagai bentuk soalan.. Kalau kata kita rasa malas sangat, at least kita buat satu soalan pon jadilah, yang pasti kita buat latihan everyday..
3. Kita kalau tak faham satu topik tu, kita mesti tanya ja terus, toksah dok simpan-simpan sebab sat gi lagi bertambahlah benda yang kita tak faham.. Maka, rajinlah berjumpa and bertanya cikgu.. Kalau segan nak jumpa cikgu, kawankan ada, tanyalah depa.. Tak kisahlah sesiapa pon asalkan kita paham..
4. Masa study plak, depend pd individu, sebab da orang yang tak boleh stay up, oleh itu for those yang tak boleh stay up, aku nasihatkan tidur awal supaya bangun awal seperti pukul 4 pagi.. Alang2 dah bangun tunggu pa lagi, solat lar tahajjud, taubat dan hajat.. Lagilah berkat.. Lepas subuh jangan lar pulak tidur, sambung balik study, tak pun pergilar bersenam untuk mencergaskan bdan dan cerdaskan otak.. waktu petang riadah lar..
5. Amalkan doa ni
   
6. sentiasa berdoa dan berusaha, tawakal yang pasti...
7. Fakta-fakta buat lar nota poket.. supaya ke mana-mana sahaja boleh dibawa dan dibaca...

Aku rasa yang ni ja kot... Apa-apa nanti aku update.. :-)

Assalamualaikum...

Monday, January 18, 2016

Cita-cita....

Assalamualaikum..

Memandangkan aku ni kan budak lepasan SPM, masih menunggu keputusan SPM untuk sambung belajar.. Actually course yg aku mintak untuk sambung belajar ni adalah jauh dripada minat aku.. but aku mintak course tu hanya kerana both of my parents really want it.. Tipu lar kalau sebelum ni aku tak pernah membntah, memang aku mmbantah lar sebab pda aku, course tu susah dan belum tentu aku boleh buat, ye lar aku bukannya pandai mana pon... Tapi macam mana aku boleh ikut apa yang parents aku nak?

Semuanya bermula ketika awal tahun 2015, masa tu aku form 5 dan pemikiran aku pon agak matang dah.. Masa form 4 aku memang membantah sekerasnya kerana ketika itu cita-cita aku nak jadi akauntan.. Yelah aku minat akaun kot tapi ayah aku tak bagi sebab ayah aku nak sangat aku ambil course medic.. What? medic??? Pada mulanya aku rsa macam aku langsung tak nak sebab aku rsa aku tak layak.. Maka semenjak itu aku pon mintalah nasihat daripada adk-beradik, cikgu-cikgu dan rakan-rakan.. Selepas daripada itu, aku mula sedar, tak salah kalau aku ikut apa yang parents aku inginkan.. Kita usaha ja dulu, kalau tak ada rezeki barulah kita ikut keinginan kita..

"PARENTS KNOW WHAT THE BEST FOR THEIR CHILDREN"
 Maka cita-cita aku pon mulalah berubah, now cita-cita aku adalah memenuhi impian kedua ibu bapa aku.. Tak salah mempunyai cita-cita lagu tu.. tetapi aku masih mempunyai impian yang trsendiri.. Sebolehnya aku akan cuba capai kan jugak...

Assalamualaikum..