Khianat?? Pada aku khianat tu maksud dia menganiaya atau mendatangkan kecelakaan kepada seseorang, tipu daya, perbuatan belot, atau tidak setia dan pengkhianat tu pulak adalah orang yang menganiaya.... Dalam Islam khianat ini merupakan salah satu perbuatan yang sangat keji.. ianya berdosa..
“Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara”.
~Riwayat Bukhori dan Muslim~
Pengkhianat ni ada di mana-mana sahaja, kerana darah daging sendiri pon sanggup mengkhianat hanya kerana harta atau sebagainya.. Inikan pula orang luar.. Even our best friend, they also can betray us.. That`s why we can't easily trust someone.. Sebab manusia zaman sekarang 80% adalah talam dua muka.. Dalam dunia yang kian moden ni, tindakan aniaya dan menganiaya adalah satu benda yang biasa, ia dipandang remeh.. Kita sebagai manusia, kita sepatutnya tahu apa yang kita buat itu adakah mendatangkan kebaikan atau keburukan dalam bahasa lain adalah rasional.. Sudah terang lagikan bersuluh bahawa aniaya ni bukan sesuatu yang baik, jadi kenapa kita tetap habiskan masa kita dengan menganiaya?? Tepuk dada tanya selera, hanya diri kita sahaja tahu mengapa.. Kalau bertujuan untuk membalas dendam sekali pun adakah ia akan menyelesaikan masalah?? Sama sekali tidak... So, please stop all of this.. Janganlah menganiaya orang lain.. Apabila kita berniat nak menganiaya sentiasalah ingat Allah dan berfikirlah di saat waras dan tenang, jangan terburu-buru..
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment