Thursday, December 11, 2014

Allah Maha Pengampun...

Assalamualaikum,

Hidup ini ibarat roda, adakala kita di atas, adakala kita di bawah tapi kita takkan pernah tahu bila kita di atas dan bila kita di bawah sebab itu perancangan Allah dan rahsia Allah.. Sama ada kita di atas atau bawah kedua-duanya adalah ujian dari Allah.. Allah nak tengok andai kita di atas berapa banyak ibadah kita dan apabila di bawah juga berapa banyak ibadah kita.. Maka tak kiralah kita di mana sekalipun, jangan sesekali kita lupakan Allah.. Kita kena ingat kekayaan, kemiskinan, kejayaan , kegagalan dan sebagainya semuanya datang dari Allah, kerana Allah nak uji.. Jangan pula bila kita berada di atas kita lalai dan lupa pada Allah, kita tak ingat nak bersyukur, kita sombong, hidung tinggi, bangga diri tetapi bila berada di bawah masa tu barulah ingat kat Allah, baru tahu diri tu dah berdosa, baru nak cari Allah, baru nak sujud pada Allah... Allah tak suka hambanya yang lupa diri, seperti kacang yang lupakan kulit... Masih belum terlambat untuk nak bertaubat dan insaf..


Allah s.w.t berfirma, ertinya;
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
(QS. Az-Zumar: 53)

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dn tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan, Allah Maha Pengampun sekiranya kita ikhlas untuk berubah.. Jangan malu untuk berubah sebab perubahan yang baik itu adalah sesuatu yang baik di sisi Allah...

Tutup cerita masa lalu,
Buka lembaran baru,
Agar kita lebih mantap lagi melangkah ke depan...

Assalamualaikum..

Tuesday, December 9, 2014

Khianat...

Assalamualaikum,

Khianat?? Pada aku khianat tu maksud dia menganiaya atau mendatangkan kecelakaan kepada seseorang, tipu daya, perbuatan belot, atau tidak setia dan pengkhianat tu pulak adalah orang yang menganiaya.... Dalam Islam khianat ini merupakan salah satu perbuatan yang sangat keji.. ianya berdosa..

“Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara”.
~Riwayat Bukhori dan Muslim~

Pengkhianat ni ada di mana-mana sahaja, kerana darah daging sendiri pon sanggup mengkhianat hanya kerana harta atau sebagainya.. Inikan pula orang luar.. Even our best friend, they also can betray us.. That`s why we can't easily trust someone.. Sebab manusia zaman sekarang 80% adalah talam dua muka.. Dalam dunia yang kian moden ni, tindakan aniaya dan menganiaya adalah satu benda yang biasa, ia dipandang remeh.. Kita sebagai manusia, kita sepatutnya tahu apa yang kita buat itu adakah mendatangkan kebaikan atau keburukan dalam bahasa lain adalah rasional.. Sudah terang lagikan bersuluh bahawa aniaya ni bukan sesuatu yang baik, jadi kenapa kita tetap habiskan masa kita dengan menganiaya?? Tepuk dada tanya selera, hanya diri kita sahaja tahu mengapa.. Kalau bertujuan untuk membalas dendam sekali pun adakah ia akan menyelesaikan masalah?? Sama sekali tidak... So, please stop all of this.. Janganlah menganiaya orang lain.. Apabila kita berniat nak menganiaya sentiasalah ingat Allah dan berfikirlah di saat waras dan tenang, jangan terburu-buru.. 

Assalamualaikum..

Friday, December 5, 2014

Bukan Semua Kawan Adalah Kawan....

Assalamualaikum,
Zaman sekarang, cukup susah untuk mencari sahabat yang sejati yang akan kekal. Tambah sahabat perempuan lagi susah nak cari sebab perempuan ni lebih hipokrit, aku sbg perempuan ak ngaku..But however we still need a friend in our life.. Dalam sebuah persahabatan ni kita perlu jujur dan saling menerima antara satu sama lain, bukannya mengata sesama sendiri,, Kejujuran dalam persahabatan itu sangatlah penting dalam membina sebuah persahabatan yang sejati.. Hati kawan kita perlu juga jaga, jangan abaikan hati mereka dan cubalah fahami.. Sahabat yang baik akan tegur kita dan akan membawa kita dekat pada Allah, bukan sahabat yang menjahanamkan kita.. 

FRIENDS
We shared smiles....
We wiped the tears and through the years....
Our friendship has grown along with us....
You are truly a wonderful part of my life....

Sahabat sejati ibarat cermin, bila kita sedih mereka pun sedih, dan bila kita gembira mereka pun gembira,, Tetapi dalam dunia yang moden ini lebih banyak kawan yang makan kawan.. Mengkhianati rakan itu juga  berdosa.. Kita janganlah lupa hidup ni ibarat roda, kita tak tahu bila akan berada di atas dan bila kita akan berada di bawah.. So, bila nak berkawan ni, just be yourself... Melalui ini kita akan tahu sama ada orang itu ikhlas atau tak dan sama ada dia rakan yang baik atau tidak...

"Apalah guna ada sahabat apabila kesenangan kita mereka tumpang, kesusahan kita mereka menjauhkan diri masing-masing.."
-USTAZ AZHAR IDRUS-

Sunday, November 16, 2014

Tuisyen Atau Tidak?

Assalamualaikum,  

Apa bezanya orang yg pergi tuisyen dgn orang yg tak pergi tuisyen? Majoriti rakyat Malaysia berpendapat bahawa orang yg pergi tuisyen ni sentiasa berjaya manakala orang yg tak pergi tuisyen tidak akan Berjaya. Mengapa? Kerana pada pendapat mereka orang yg pergi tuisyen lebih banyak meluangkan masa dengan belajar tetapi orang yg tak pergi tuisyen tidak. Tetapi aku tidak bersetuju dengan pendapat tersebut sebab pada aku tidak ada perbezaan pon orang yang pergi tuisyen dengan yang tak pergi. Dua-dua tetap boleh Berjaya. Ianya terletak pada diri sendiri sama ada “NAK” atau “TAK NAK”… 

“Man Jadda Wajada…”

“Sesiapa yang berusaha, dia berjaya”

Ada sahaja yang tidak pergi tuisyen Berjaya…. Kalau hati kata nak dan kita pon berusaha tanpa pergi tuisyen pon kita tetap akan Berjaya. Orang yg pergi tyisyen tak semestinya Berjaya sbb kalau diri tu memang tak nak dan tak usaha memang tidak akan Berjaya…  So, tak perlulah nak berbangga sangat kalau pergi tuisyen sebab itu bukan tiket untuk Berjaya…. 

USAHA
+
DOA
+
TAWAKAL

=INSYA ALLAH BERJAYA.

Assalamualaikum….

Tuesday, October 14, 2014

Manusia....

Assalamualaikum,
Manusia? Manusia semuanya sama, tetapi yang berbezanya adalah amalan, agama dan akhlak. Sikap manusia tak pernah nak beza sangat. As example, semua manusia ada nafsu tetapi yang bezanya adalah cara kawalan nafsu kita tu.... Perbezaan inilah yang mewujudkan manusia berjaya dan tidak berjaya, manusia baik dan jahat... Semua manusia Allah dah cipta dengan seadilnya, sebab itu setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Nobody perfect. Malah, semua manusia cantik, segak, handsome, sebab kita semua ciptaan Allah.

Bila Allah bagi kelebihan pada seseorang itu, janganlah kita berasa Allah itu tak adil sebab sebenarnya kita pun ada kelebihan juga, Sebab itu juga lah kita kena cari kelebihan kita tu dan baiki setiap kekurangan kita... Begitu juga dengan rezeki. Masalah manusia ni suka sangat cemburu dengan rezeki orang lain sehinggakan rezeki yang Allah turunkan pada dia pon dia tak perasan, dan tak bersyukur. Ingatlah sentiasalah bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah dah bagi. Rezeki itu juga perlu dicari tetapi jangan bimbang sebab rezeki ada di mana-mana selagi ianya adalah rezeki yang halal... Sebab sekali kita makan rezeki yang tak halal, hidup kita akan tidak diberkati...

 Manusia juga perlu sentiasa berusaha bagi mengubah nasib diri sendiri. Hal ini kerana, ada takdir kita boleh ubah, tetapi kalau kita tak usaha Allah memang tak akan mengubahnya sehingga kita berusaha untuk mengubahnya.. Antara takdir yang tidak boleh diubah ialah ajal, jodoh dan lain-lain lagi...

Malah, manusia juga kena ingat kita manusia tiada hak untuk menilai orang lain, hanya Allah sahaja yang boleh menilai diri kita... Kita ni hanya manusia biasa yang tidak sempurna.. Lagipun kita bukan boleh tengok hati masing-masing, itu hanya urusan dia dengan Allah... Nilaian manusia selalu salah kerana pada mereka hanya mereka sahaja yang baik dan sempurna.... sorry ouke! Don't judge a book by it's cover.....

Assalamualaikum....

Friday, October 10, 2014

La Tahzan, Jadilah Wanita Paling Bahagia...

Assalamualaikum,
Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya. Wanita, Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian. Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

La tahzan.
Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.

Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.

La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.

Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.

InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.

 Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]

La tahzan. Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.

“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]

Dan ingatlah,

“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-

La tahzan, Jadilah wanita yang paling bahagia! :)
Assalamualaikum...

Thursday, October 9, 2014

Jodoh Rahsia Allah

Assalamualaikum,

Semua orang ada perasaan suka, cinta, sayang, rindu dan sebagainya. Normal lar tu sbb itu adalah fitrah.

"Jatuh cinta itu fitrah,
ingin bercinta itu fitrah,
Jika fitrah itu dibawa dengan aliran yang betul
ia mulia,
Jika di alir dengan aliran yang salah
ia hina.."
-Ustaz Azhar Idrus-

Termasuk jugak dengan aku, aku pon manusia jadi aku pon ada perasaan tapi kita tak perlu nak seksa diri kita jika ia berkaitan dengan cinta.. Kadang-kadang manusia ni terlalu mencintaikan manusia sehingga melebihi kita mencintai Allah. Kita kena ingat juga cinta Allah itu adalah utama. Tetapi sekiranya kita suka pada orang yang tak suka kita janganlah pulak kita memaksanya, ada jodoh ada lar. Jangan risau jodoh kita tak penah ke mana pon, ajal maut jodoh semua di tangan Allah. Tak semestinya orang yang bercinta bagai nak rak akhirnya mereka kahwin sebab jika tertulis jodoh dia dengan orang lain maka kita kena terima Qada' dan Qadar. Kadang kita rasa kita dah cukup yakin dengan pilihn kita. Dengan cinta dalam hati kita. Namun bukan kita penentu segalanya tetapi Allah yg tetapkan. Bila tak ada jodoh bukan kerana dia tak baik untuk kamu atau sebaliknya tetapi sebab dia memang tidak tertulis untuk kita di Luh Mahfuz sejak azali lagi atau mungkin kerana makin dekat kita dengan si dia makin kita menjauh dengan Allah. 

"Jodoh itu rahsia Allah..
DIA temukan kita dengan
orang yang salah pada mulanya,
dan menemukan jodoh,
yang sesuai di pengakhirannya..
Kenapa?
Kerana DIA sayangkan kita 
janganlah sesekali kita 
menjauhi-Nya..."

Akhir kata, kalau suka tak semestinya bercinta. Kalau bercinta tak semestinya ada jodoh. Kalau ada jodoh takkan ke mana jua...

Assalamualaikum....