Wednesday, May 4, 2016

Matrik or UPU???

Assalamualaikum,

Memandangkan keputusan dah lama keluar dan semakan matrik pon dah keluar sekarang tinggal semakan upu lar pula.. Keputusan SPM aku tak lah hebat sangat tapi alhamdulillah, for me itu pun dah memuaskan walaupun tak capai target, nak buat lagu mana dah tak da rezeki.. Ini keputusan SPM aku :

Bahasa Melayu - A+
Bahasa Inggeris - A-
Matematik - A+
Sejarah - B+
Pendidikan Islam - A
Kimia - A
Biologi - B+
Fizik - B+
Matematik Tambahan - A+
Prinsip Perakaunan - A

So, itulah keputusan aku.. Alhamdulillah aku dapat matrik kedah.. tapi aku masih menanti upu 9 Mei ni.. Tak taulah dapat ka tak, dup dap dup dap ja jantung ni, resah, gelisah semua ada... Bila mintak pendapat orang alin da yg suruh p matrik da yang suruh p asasi kalau dapat asasi.. So, sekarang ni aku cuma tunggu keputusan upu keluar saja then i can decide.. Semoga semuanya berjalan lancar.. 

Assalamualaikum..

Sunday, February 14, 2016

Tips Belajar!! (my own style)

Assalamualaikum...

Aku yakin 100% masing ada tips belajar yang tersendiri, begitu juga dengan aku.. Tapi aku ni tidaklah pandai sangat, cuma aku sekadar ingin berkongsi, siapa tahu ada yang sesuai dengan cara aku.. Tip aku ni berdasarkan masa aku form 4 and 5.. hope you all can try it.. Nasihat dari aku, sebelum kita nak study satu subjek tu, please make sure that you love that subject first..

Whatever we do, do it with love....

Trust me, lagi mudah kita nak study bila kita minat sebab baru timbul rasa ingin tahu..

First of all :
1. sebolehnya sebelum cikgu masuk satu bab tu, kita sendiri dah study dulu, supaya minda kita mudah untuk memahami and mengingat bab tersebut.
2. setiap hari mesti buat latihan tambah-tambah bab yang kita sendiri tak berapa nak reti.. Ini untuk mengelakkan kita lupa dan untuk dedahkan kepada kita pelbagai bentuk soalan.. Kalau kata kita rasa malas sangat, at least kita buat satu soalan pon jadilah, yang pasti kita buat latihan everyday..
3. Kita kalau tak faham satu topik tu, kita mesti tanya ja terus, toksah dok simpan-simpan sebab sat gi lagi bertambahlah benda yang kita tak faham.. Maka, rajinlah berjumpa and bertanya cikgu.. Kalau segan nak jumpa cikgu, kawankan ada, tanyalah depa.. Tak kisahlah sesiapa pon asalkan kita paham..
4. Masa study plak, depend pd individu, sebab da orang yang tak boleh stay up, oleh itu for those yang tak boleh stay up, aku nasihatkan tidur awal supaya bangun awal seperti pukul 4 pagi.. Alang2 dah bangun tunggu pa lagi, solat lar tahajjud, taubat dan hajat.. Lagilah berkat.. Lepas subuh jangan lar pulak tidur, sambung balik study, tak pun pergilar bersenam untuk mencergaskan bdan dan cerdaskan otak.. waktu petang riadah lar..
5. Amalkan doa ni
   
6. sentiasa berdoa dan berusaha, tawakal yang pasti...
7. Fakta-fakta buat lar nota poket.. supaya ke mana-mana sahaja boleh dibawa dan dibaca...

Aku rasa yang ni ja kot... Apa-apa nanti aku update.. :-)

Assalamualaikum...

Monday, January 18, 2016

Cita-cita....

Assalamualaikum..

Memandangkan aku ni kan budak lepasan SPM, masih menunggu keputusan SPM untuk sambung belajar.. Actually course yg aku mintak untuk sambung belajar ni adalah jauh dripada minat aku.. but aku mintak course tu hanya kerana both of my parents really want it.. Tipu lar kalau sebelum ni aku tak pernah membntah, memang aku mmbantah lar sebab pda aku, course tu susah dan belum tentu aku boleh buat, ye lar aku bukannya pandai mana pon... Tapi macam mana aku boleh ikut apa yang parents aku nak?

Semuanya bermula ketika awal tahun 2015, masa tu aku form 5 dan pemikiran aku pon agak matang dah.. Masa form 4 aku memang membantah sekerasnya kerana ketika itu cita-cita aku nak jadi akauntan.. Yelah aku minat akaun kot tapi ayah aku tak bagi sebab ayah aku nak sangat aku ambil course medic.. What? medic??? Pada mulanya aku rsa macam aku langsung tak nak sebab aku rsa aku tak layak.. Maka semenjak itu aku pon mintalah nasihat daripada adk-beradik, cikgu-cikgu dan rakan-rakan.. Selepas daripada itu, aku mula sedar, tak salah kalau aku ikut apa yang parents aku inginkan.. Kita usaha ja dulu, kalau tak ada rezeki barulah kita ikut keinginan kita..

"PARENTS KNOW WHAT THE BEST FOR THEIR CHILDREN"
 Maka cita-cita aku pon mulalah berubah, now cita-cita aku adalah memenuhi impian kedua ibu bapa aku.. Tak salah mempunyai cita-cita lagu tu.. tetapi aku masih mempunyai impian yang trsendiri.. Sebolehnya aku akan cuba capai kan jugak...

Assalamualaikum..

Wednesday, December 23, 2015

SPM 2015!

Assalamualaikum,
setelah sekian lama aku tak update and bukak blog aku ni sebab spm.. Walaubagaimanapun semuanya telah settle, namun tak tahulah apa keputusannya. Takut tu, takut gak ar.. sbb actually pada aku tahun ni aku rsa payah ler soalan.. Aku berserah sj pd Allah, Semoga semuanya dipermudahkn. Tapi aku harap sangat keputusan yang bakal aku terima ckup utk mencapai impian both of my parents.. So, aku ambil 10 subj.. tara 10 subj pon aku rsa nak pecah pala, inikan pula org yg ambil 20 subj, aku x tau depa study lagu mna (hairanlah bagi aku sbb aku ni pemalas hehe).. Aku hanya buat yang terbaik saja masa exam hari tu.. Seriously ak cakap dalm satu hari tu, lepas ja satu paper nk p lagi satu paper aku terus sakit kpala.. Bila dah x tahan aku terus makan panadol.. Baru lar lega, selamat x ngantuk, kalau tak lena lar aku dalam dewan exam.. Hahaha 

Masa mula exam ja, aku terus wat countdown paper utk aku habis spm.. Aku sangat excited nak habis spm haha walaupun dlm hati rsa sgt resah, dok pkir pasal jawapan yang aku dah tulis tu, sama ada boleh diterima ke tak.. kalau tak diterima mampus aku, tambah2 subj sej, bio n fizik.. Itulah subj yg ak lemah.. Kalau over confident pon kdg habis jugak so the best way is hanyalah berdoa.. Kalau kita dah usaha pastu kita doa, insha Allah dapatlah kita peroleh kejayaan.. 

The best part is habis ja exam terus ayah aku wak aku prgi jalan2.. Aku habis exam 30 november, so esoknya 1 disember terus aku pergi tanjung malim, tidur sana 2 hari. Then aku teruskan perjalanan aku ke Semenyih dan tidur sana selama 7 hari dan destinasi aku yg terakhir ialah melaka, tidur sana sehari.. Haha puas hati aku... Masa berjalan ni kerja aku berbelanja ja, shopping baju, beg, tdung, seluar mcm2 lagi lar, sampai lenguh kaki aku.. Ayah dan mak aku layan ja lar aku ni.. 

Dekat sana jugak aku main iceskating di IOI Mall, tp yg malangnya aku mmg x reti main langsung asyik jatuh ja haha teruk betul aku ni... But adik aku dia reti, jeles aku tengok.. Memandangkan aku dah lama sangat tak main bowling jd kat IOI Mall tu jugak aku main bowling.. Aku rasa sangat malu sebab setiap kali aku baling ja semua masuk longkang ish2 tapi yang menambahkan lagi malu aku kiri dan kanan aku da orang dan depa derek strike haha .. nyesal aku.. Walaubagaimanapun, aku rsa sangat bersyukur sebab dapat lepaskan semua stress yang aku dok alami... kay lar sampai takat ni je

Assalamualaikum..

Tuesday, February 17, 2015

When People Start To Hate You.........

Assalamualaikum,

Holla!! Bila orang sekeliling kita mula membenci kita, apa yg kita akn rsa ya?? Pada aku, aku akan rasa down, x brsemangat, hilang keyakinan diri, i feel nervous to talk with anyone else and ak akn jdi takut utk brgurau.. but I believe that Allah is always there for me, no matter what... Aku penah alami bnda ni.. kita akan sntiasa sdih, dan kita cba mncari punca serta ingin memperbetulkan.. Aku byk kali nangis hanya sbb people hate me because I am wonder do I did something wrong to you?? Tpi kalau nak pkir balek, biasa lar lumrah kehidupan, mmg akn da org yg akan mmbnci, mustahil semua org ska cara kita... Lbih baik manusia yg mmbnci drpd Allah yg mmbenci..

"Aku bimbang aku nampak MULIA di sisi manusia
 tetapi aku yang paling Hina di sisi Allah.
 Biar hina di mata manusia
 tetapi mulia di mata Allah....."

Be somebody in the eyes of Allah, even if you are nobody in the eyes of people...Biar kan shj manusia nk mmbenci.. just be yourself and do whatever that Allah love...

Assalamualaikum....

Friday, February 13, 2015

4 & 5 Waja.... SMKTPi....

Assalamualaikum,
aku 17 tahun, tahun ni aku akan mengambil SPM. Aku duduk dalam kelas sains, iaitu 5 waja.. Aku nak cerita pasal budak kelas yang sangat nakal, baik, pelik, sporting dan bijak.. Aku suka duduk dalam kelas walaupun adakala tu annoying but at the same time, sungguh mencuit hati, baik pelajar lelaki mahupun perempuan... Let me show you...
 so ni lar budak kelas aku, time ni baru form 4.. Muka semua agak skema..Kami ada 25 orang, 10 lelaki 15 perempuan.. Kelas kami ni satu Malaysia.. Masa mula2 aku masuk kelas ni, aku rasa ganjil sangat, ye lar aku asalnya dari kelas bawah. Masa tu jgak aku tak rapat ngan sesiapa pon hahaha. Seriously aku cakap masa mula-mula tu aku rasa tak suka sangat duduk dalam kelas tu sebab aku tak da kawan.. But lama kelamaan aku mula suka dengan kelas tu.. Macam-macam perkara yang terjadi dalam kelas tu.. Tercatatlah segala kenangan manis n pahit ketika dalam kelas tu.. Tapi dalam kelas ni lar aku paling banyak menangis.. haha normal lar lumrah hidup.. Duduk dalam kelas ni saingan nya sangat tinggi. Aku duduk dalam kelas ni cukup susah ak nak duduk atas, sebab bila exam markah aku biasa-biasa ja... Jom kenal dengan sedikit terperinci... Let`s start dengan pelajar perempuan...
See, nmpak tak betapa gembira nya depa niii? hahaha depa ni memang sentiasa happy go lucky.. seolah macam tak pernah ada masalah.. tapi dalam gambar ni tak semua ada, aku sendiri pon tak da sebab aku tak sihat masa tu... Macam-macam gelagat depa ni... hahaha yang kiri sekali tu Hazirah, Anis, Liyana, Aqilah, Fatin Farehah, Izzati, Atiqah dan yg depan baju oren tu plak Chut Nyak.... ouke yang lain Fatin Syamilah, Chan Khai Shin, Puvitra, Sri, Nanthini dan Ain Najmi... let me intro them....
Hazirah - my best friend, terima aku seadanya haha aku suka buli dia, aku banyak kali sakitkan hati dia rasanya, kesian dia, dia ni baik, penyabar, dan sangatlah berusaha.. Aku suka kawan dengan dia sebab dia memang selalu tolong aku, sayang dia.. haha
Anis dan Liyana - aku kawan biasa ja ngan depa, depa ni diam sangat dalam kelas, senang kata memang susah lar nk dengar suara depa, hihi
Izzati - orangnya tinggi, baik, dia pon kwan baik aku jugak, dia tulis sangat laju... Dia banyak bantu aku, bersyukur sangat dapat kawan macam ni, memang susah nk cari.. dia ni pon pendiam gak.. tak banyak cakap langsung partner dia tiqah... dia ni dah berpunya hoho...
Atiqah - dia ni pon kawan baik aku, dia kpop sentiasa tahu, haha yang paling dia minat bigbang, exo dan pa lagi ntah... Kalau nak tahu pasal korea tanya ja dia dan Fatin Syamilah,konferm depa tau haha Tiqah ni sangat rajin..
Fatin Syamilah -  also my best friend, aku suka kacau dia sebab bila dia malu, pipi dia akan merah, haha tengok dia ja ak boleh gelak, tapi kalau dia bulatkan mata dia serious menyeramkan haha.. dia sangatlah baik, dan rajin...
Chan Khai Shin - dia ni kawan cina aku, huhu syok kawan ngan dia, dia rajin pandai, aku banyak subject kalau tak paham, dialah sumber rujukan aku...
Chut Nyak -  dia rakan segelak aku hahaha syok kawan ngan dia walaupun dia ni kasar, tapi tu lar dia jenis honest, kalau tak suka dia cakap terus terang, dia lah penolong ketua pengawas kami, nmpak ja kecik tapi garang n dia sangat kuat makan, walaupun kecik tapi lebih berat dari aku kot.. haha
Puvitra, sri, nanthini - dpa ni satu geng
Ain Najmi- dia ni agak clumsy tapi clumsy dia tu lar yang selalu bagi aku gelak. haha dia baik...
Aqilah -  dia ni gila-gila skit, the brave one, partner dia fatin farehah, depa dua tak boleh dipisahkan.. haha gelak adalah hobi dia.. garang tu dia..talkative tu pon dia
Fatin Farehah - dia ni ya Allah tengok muka dia aku boleh gelak, dia sangat berminat dengan biologi... dan dia selalu tunjukkan muka x dak prasaan dia.. haha

Now kita beralih ke pelajar lelaki...
Nampak tak kegilaan depa ni?? hahaha tapi tak semua ada dalam gambar ni... tapi sayang salah seorang dalam gambar ni dah pindah.. susah nak hurai depa ni.. ish3!! kenakalan depa sangatlah terserlah... hidup mereka duk menyakat orang ja, tambah menyakat si Alif ngan Nantha.. Bergurau teman sejati mereka.. walaubagaimanapun, depa ni alim dan amazing... Depa ni actually pandai k.. tapi depa ni pemalu depa ni kalahkan perempuan... perempuan lagi berani.. ouke di kiri sekali tu Alif, Irfan, Syuk, Jab (pindah), Iqmal, Acap, dan Fariz... yang lain Pang, Nantha, Arif, dan Zuhairi (baru).... Let me intro them....
Alif - orangnya rendah, pendiam, tapi pandai gak.. dia ni lah slalu jadi bahan kepada plajar laki
Irfan - dia ni tak lar tinggi sangat dan tak lar rendah sangat.. dia bijak.. dia baik kadang-kadang tu lar, memperkenakan orang tu maybe hobi dia, partner dia jab...
Syuk - tengok muka dia mampu bagi aku ketawa hahaha dia ni paling lawak dalam kelas, tak dak dia kelas suram sket ar... dia ni pon pandai
iqmal -  x tau sangat sebab x berapa nk rapat hehe
Acap -  dia ni pulak kerja dok gelak ja....
Fariz- orangnya tinggi, pendiam, pemalu tahap gaban, haha
Pang -  kerja dia asyik dok kacau aku, zati dan lain2, dia ni lar ketua kelas kami. haha
Nantha - rajin sangat dia ni. pelajar kesyangan cg2 haha aku suka usik dia, sbb dia sangatlah tak garang, budak 3 taun pon takkan takut ngan dia...
Arif -  kerja dia tidur ja, aku x tau awat... dia otak anime.. dia suka wat slamber badak dia, jenis tak kisah pa orang nak cakap...
Zuhairi - new student

Done cerita pasal diorang,, aku sayang kelas ni sangat sbenarnya, tambah pelajar2 dalam kelas ni lagi aku suka... Kami satu kelas susah nk matang hahah rasanya sampai takat ni saja daaaaaa.....

Assalamualaikum...

Monday, February 2, 2015

Keikhlasan...

Assalamualaikum,
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat (menilai) bentuk tubuh manusia dan tidak pula menilai ketampanan wajahnya, tetapi Allah melihat (menilai) keikhlasan hati hambanya".
 Manusia sering mengandaikan keikhlasan seseorang.. Kita manusia tidak akan tahu keikhlasan seseorang kerana keikhlasan seseorang adalah rahsia antara Allah dan hambaNya. Jadi kita tak ada hak utk nak mengatakan sama da seseorang itu ikhlas ke tak.. Melakukan sesuatu dengan ikhlas adalah benda yang sangat susah.. Akan ada sebab-sebab yang tertentu yang membuatkan kita tak ikhlas.. Oleh itu kita kena belajar mengikhlaskan diri dlam melakukan sesuatu.. Tiada apa yang lebih bermakna melainkan ikhlas.. Latihkan diri supaya sentiasa ikhlas.. Ikhlas datangnya dari keterpaksaan

Assalamualaikum