Friday, July 15, 2016

Don't Give Up Easily...

Assalamualaikum,

Sesetengah orang mudah sangat berputus asa, sesetengah orang pula masih bertahan meneruskan perjuangan.. Kebiasaannya seseorang mudah berputus asa sebab kata-kata dan sindiran dri orang sekeliling, tidak pun kerana tiada keyakinan, atau sudah penat mengejar apa yang diingini... Macam mana nak elak daripada putus asa? Ni sebahagian daripada cara aku hadapinya.. 

First, aku akan tampal kata-kata semangat kat dinding bilik, pintu, papan kenyataan dan kalau perlu atas meja study.. Tujuan aku buat macam tu supaya fikiran dan hati aku tak terus hanyut dengan prkara-prkara yang mematahkan semangat kita.. Contoh kata-kata semangat yang aku tampal adalah: 

1. Stop Thinking What People Think About You...

  •     Kata-kata ni sangat penting buat aku sebab aku sangatlah memikirkan apa yang orang pkir tentang aku bila depa tengok aku... Mentaliti aku rendah, aku seboleh nak memuaskan hati semua org tapi come on kitakan manusia mana mampu untuk memuaskan hati semua orang.. So jaga lar hati siapa yang kita mampu sahaja...
2. Whatever We Do, Do It With Love...


  • Yang ni plak dah jadi aku punya moto hidup.. Hal ini kerana, ayat ni membantu aku untuk menyukai subjek yang aku tak suka.. Kalau kita nak buat sesuatu dengan jayanya kita memang perlu minat dulu, kalau kita tak minat susah nak berjaya.. Kalau kita suka dan minat kita akan buat dengan sungguh-sungguh dan rasa happy saja.. Trust me.. So, nak buat apa-apa sayang dulu ya... 
3. Don't Give Up Easily..


  • Yang ni common lah kan.. Kalau baca pon kita tau dah.. 
4. Just Be What You Want To Be...


  • This one have two meaning.. First, jadilah diri sendiri, we don't have to be what people want we to be.. This is ourselves, kenapa nak kena hirau apa orang cakap? Tapi kalau ke arah kebaikan perlulah kita hirau ya.. Just remember, we are not born to be perfect, but we are born to be real... Second, kejar apa kita nak kejar, pilih bidang yang nak belajar.. tapi kalau memang dah tak tahu nak bidang apa, silalah ikut pilihan orang, yang penting pastikan kita boleh buat lar noh..
Kemudian aku akan minta nasihat dan pendapat pada orang yang aku rapat atau orang yang dah dewasa..tak perlu nak malu atau segan untuk minta nasihat.. 


"Baby akan jatuh dan bangun lebih 1000x sebelum dapat berjalan dan berlari. Baby tak pernah patah semangat. Mari kita keluarkan semula semangat baby yang masih ada dalam diri kita. Pastikan kita bangun semula setiap kali jatuh. Insha Allah kejayaan menunggu di hadapan."
~Dr. Fadzilah Kamsah~
Assalamualaikum..

Tuesday, July 5, 2016

ASPER'12 (Asasi Sains Pertanian, UPM)

Assalamualaikum,

Lama tak update blog, rindu nak update.. Okay, untuk kali ni aku nak cakap tentang "Asper" iaitu Asasi Sains Pertanian.. Sekarang aku sambung belajar di upm sebagai asper iaitu bdak asasi.. Cara hidup aku completely berubah, ya lar tak pernah duduk asrama. Walaubagaimanapun aku sangat berpuas hati dengan keputusan yang telah aku lakukan sebab kehidupan sebagai asper sesungguhnya best.. So, aku tak menyesal letakkannya sebagai pilihan nom 1 aku.. Pada mulanya aku rasa takut nak masuk ye lar, first jauh dari family, kedua takut kalau tersalah langkah, ketiga sebab aku ni penakut, keempat takut mudah terpengaruh dan yang akhir sekali aku tak pndai melintas jalan haha.. Bunyi macam lawak but serious talk aku memang tak pandai melintas jalan tapi setelah sebulan di UPM alhamdulillah dah pandai..

Masa mula2 masuk aku rasa kekok, tak pandai bajet masa, so masa mula-mula kuliah aku bangun dua jam sebelum start kuliah sebab nak kena berebut bas.. Aku tak pernah da pengalaman naik bas.. Teruknya aku ni.. Tapi lama kelamaan aku rasa best ja naik bas but bila nak berebut bas especially dengan laki yang tak hairan nk berebut dengan perempuan, yang ni aku tak berapa berkenan, aku sanggup untuk tunggu bas seterusnya.. Then beli makanan.. ni satu lagi masalah, kalau nak diikutkan sebelum ni kawan aku atau parents aku yang tolong belikan boleh kira brapa kali sahaja aku beli sendiri... teruk gila aku.. sekarang aku dah biasa dengan nya.. Seterusnya pula basuh kain, selama ni aku basuh pakai mesin tapi semenjak duduk upm kena pakai tangan sebab aku tak pandai pkai mesin di upm tu dan tak dak duit syiling.. So merajinkan diri untuk basuh pakai tangan.. Next, tak dak kenderaan untuk bergerak sendiri.. Sesungguhnya kena banyak sangat berjalan.. Pada mulanya aku sangatlah cepat rasa penat jalan turun bilik pun dah penat ye lah sebab selepas SPM habis aku hanyalah duk rumah dan tak keluar aktiviti aku makan, tidur, tengok tv, dan tolong mak aku, so bila tup2 kena terus jalan banyak tu yang buat aku cepat penat, namun bila dah sebulan aku rasa biasa ja, malah dari fakulti pon aku boleh jalan kaki balik ke kolej kediaman..

Okay, aku sangat bersyukur kerana kolej kediaman aku adalah KPZ.. Sebab biliknya luas, suasananya tak suram, kawasannya tak terbuka, tandasnya okay, kelengakapan dalam bilik agak memuaskan, bas agak senang dapat dan bilik aku bukan di tingkat paling atas.. Dan aku teramatlah syukur kerana dapat roomate yang sangatlah baik.. First time aku brkawan dengan orang kelantan.. Dia baik, comel, tinggi, tak sombong dan humble.. Namanya Afifah..

Orentasi kat situ even memenatkan tapi best sebab akak2 dan abang2 faci sangatlah sporting dan drama queen.. Namun cabaran yang paling besar sekali adalah belajar dalam eng untuk subj sains.. Seriously otak aku sangkut terus masa mula-mula belajar.. Seriously aku memerlukan waktu untuk adapt dengan blajar dan jwab dalam bahasa eng.. Berat sangat untk aku yang belajar dalam bm ni malah buku teks juga bahasa melayu.. So apa2 basic pon tak dak... Tapi tak pa, nak seribu daya tak hendak seribu dalih.. Okay sampai sini saja nanti aku akan cerita tentang budak kuliah aku.. huhu

Assalamualaikum...