Sunday, February 14, 2016

Tips Belajar!! (my own style)

Assalamualaikum...

Aku yakin 100% masing ada tips belajar yang tersendiri, begitu juga dengan aku.. Tapi aku ni tidaklah pandai sangat, cuma aku sekadar ingin berkongsi, siapa tahu ada yang sesuai dengan cara aku.. Tip aku ni berdasarkan masa aku form 4 and 5.. hope you all can try it.. Nasihat dari aku, sebelum kita nak study satu subjek tu, please make sure that you love that subject first..

Whatever we do, do it with love....

Trust me, lagi mudah kita nak study bila kita minat sebab baru timbul rasa ingin tahu..

First of all :
1. sebolehnya sebelum cikgu masuk satu bab tu, kita sendiri dah study dulu, supaya minda kita mudah untuk memahami and mengingat bab tersebut.
2. setiap hari mesti buat latihan tambah-tambah bab yang kita sendiri tak berapa nak reti.. Ini untuk mengelakkan kita lupa dan untuk dedahkan kepada kita pelbagai bentuk soalan.. Kalau kata kita rasa malas sangat, at least kita buat satu soalan pon jadilah, yang pasti kita buat latihan everyday..
3. Kita kalau tak faham satu topik tu, kita mesti tanya ja terus, toksah dok simpan-simpan sebab sat gi lagi bertambahlah benda yang kita tak faham.. Maka, rajinlah berjumpa and bertanya cikgu.. Kalau segan nak jumpa cikgu, kawankan ada, tanyalah depa.. Tak kisahlah sesiapa pon asalkan kita paham..
4. Masa study plak, depend pd individu, sebab da orang yang tak boleh stay up, oleh itu for those yang tak boleh stay up, aku nasihatkan tidur awal supaya bangun awal seperti pukul 4 pagi.. Alang2 dah bangun tunggu pa lagi, solat lar tahajjud, taubat dan hajat.. Lagilah berkat.. Lepas subuh jangan lar pulak tidur, sambung balik study, tak pun pergilar bersenam untuk mencergaskan bdan dan cerdaskan otak.. waktu petang riadah lar..
5. Amalkan doa ni
   
6. sentiasa berdoa dan berusaha, tawakal yang pasti...
7. Fakta-fakta buat lar nota poket.. supaya ke mana-mana sahaja boleh dibawa dan dibaca...

Aku rasa yang ni ja kot... Apa-apa nanti aku update.. :-)

Assalamualaikum...